Jumaat, 20 Mei 2011

LAPORAN PROGRAM KEM DUNIA REALISASI PELABURAN,TAMAN NEGARA LEDANG JOHOR.

LAPORAN PROGRAM KEM DUNIA REALISASI PELABURAN,TAMAN NEGARA LEDANG JOHOR.

Bertarikh pada 19.Mac.2011 hingga 20.Mac.2011, Persatuan NADI Diploma Investment Analysis,UiTM Johor telah menganjurkan satu program Kem Dunia Realisasi Pelaburan. Program ini telah berlansung selama dua hari satu malam bertempat di Taman Negara Ledang, Johor. Selain daripada 20 orang ahli jawatankuasa NADIIA, seramai 90 orang pelajar Diploma Analisis Pelaburan dan empat orang pegawai pengiring telah mengikuti rombongan ini.
Kem ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan realiti dunia pelaburan pada zaman millenium ini. Selain dari itu, pihak NADIIA mengadakan kem ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada para bagi memantapkan kemahiran komunikasi yang telah sedia ada dalam diri para pelajar. Program ini juga dapat membina semangat kerjasama, berdisiplin, dan berdaya saing dikalangan para pelajar sendiri.
Program dimulakan dengan pendaftaran para pelajar bertempat di Dataran Sri Bendahara dan telah bertolak ke Taman Negara Ledang, Johor sekitar pukul 1.00 petang. Sesampainya di Taman Negara Ledang, Johor para pelajar telah diagihkan ke pondok dan khemah masing – masing dan diberikan ruang berehat bagi menunaikan solat dan makan tengahari. Kemudian tepat pada pukul 3.00 petang sesi permainan jual beli saham atau nama komersialnya ‘mock trading’ telah dimulakan. Kemudian pada pukul 4.30 petang disambung pula dengan sesi permainan jual beli saham (mock trading) yang kedua. Sekitar pukul 6.30 petang sesi jual beli saham (mock trading) tamat dan para pelajar dilepaskan untuk menunaikan solat fardhu  asar seterusnya membersihkan diri.
Pada sebelah malam pula para pelajar dikumpulkan sebelum waktu maghrib, bertujuan untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Pada pukul 8.00 malam Kem Dunia Realisasi Pelaburan diteruskan dengan malam kebudayaan. Aktiviti malam kebudayaan adalah aktiviti dimana bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk merehatkan minda dengan aktiviti yang ringan. Dalam aktviti ini, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk membuat persembahan berdasarkan tugasan yang telah diberi sebelum kem bermula. Pelbagai jenis tugasan telah diberikan dan diantaranya adalah,cereka labu dan labi, tiga madu dan bujang lapok. Pada sesi malam kebudayaan ini juga diselangkan dengan hidangan makan malam yang berkonsepkan ‘barbeque’.
Lebih kurang pada jam 11.30 malam Kem Dunia Realisasi Pelaburan diteruskan dengan aktiviti ‘night walk’. Aktiviti ini menuntut semua pelajar,exco NADIIA dan pegawai pengiring untuk menyertainya. Aktiviti ini adalah aktiviti dimana peserta –peserta dilihatkan kepada dunia hutan pada waktu malam. Para peserta diberi peluang untuk melihat haiwan –haiwan liar pada waktu malam dan mendedahkan para pelajar tentang indahnya dunia kehidupan haiwan didalam hutan yang realiti. Sesi ‘night walk’ ini berakhir pada pukul 1.00 pagi dan selepas itu para peserta dibenarkan pulang ke pondok dan khemah masing –masing.
20.Mac.2011 , para peserta telah dikejutkan pada pukul 5.30 pagi bagi memulakan sesi kem pada hari kedua. Selepas sesi solat subuh secara berjemaah para peserta dikehendaki berkumpul didepan meja pendaftaran Taman Negara Ledang, Johor bagi sesi senaman pagi. Sejurus dari itu para peserta telah dihidangkan dengan sarapan pagi. Sesi ‘abseiling’ dan ‘ flying fox’ mengambil tempat pula sebagai aktiviti seterusnya. Pada pukul 12.00 tengahari Kem Dunia Realisasi Pelaburan ini ditutup dengan rasminya. Semasa majlis penutupan ini acara penyampaian hadiah telah berlangsung. Penyampaian hadiah dan sijil telah diberikan kepada peserta terbaik ‘mock trading’ seramai tiga orang, kumpulan terbaik dan cenderahati kepada pihak Taman Negara Ledang serta pegawai pengiring. Hadiah telah disampaikan oleh Penasihat satu program Diploma Analisis Pelaburan, Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha dan ketua projek Saudari Nor Azwa bt Radzi. Tepat pada 1.00 petang para peserta Kem Dunia Realisasi Pelaburan pulang semula ke UiTM,Johor.

AHLI JAWATANKUASA KEM DUNIA REALISASI PELABURAN TAMAN NEGARA,JOHOR .

KETUA PROJEK
NOR AZWA BINTI  MD RADZI

PENOLONG KETUA PROJEK
MUHAMMAD NAGUIB BINTI KHAIDZIR

SETIAUSAHA
ELMIRUSHUDA BINTI AMERUDIN
NUR AMELIA SHAHIRA BINTI IBRAHIM

BENDAHARI
NUR ASYIKIN BINTI  MD JALIL
SITI AISYAH BINTI SAILAN

EXCO PROTOKOL
MOHAMED NOOR ASRAF BIN MOHAMED MUSTAFA
NOR FAZLIN BINTI ISMAIL

EXCO PUBLISITI DAN MUTIMEDIA
AHMAD HASYIEM BIN ABDUL WAHAB
NURUL HUDA BINTI MAHAMAHPOYI

EXCO MAKANAN
KHAIRIL AZMAN BIN RADZALI
NUR ARINA SYAIRAH BINTI KAMARUDIN



EXCO PENGANGKUTAN DAN TEMPAHAN
DHARWIS BIN HASNIM
MUHAMMAD MUZILL BIN MUSTAKIM


EXCO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
NURUL FARHIRA BINTI FAKHRUZZAMAN
MOHD FADZIL BIN AHMAD FAUZI
NUR ATIQAH BINTI ANWAR


EXCO SUKAN DAN KEBAJIKAN
MUHAMMAD ARIFF BIN ABD AZIZ
AHMAD AFIFI BIN ABDUL RAHIM


EXCO HADIAH DAN SIJIL
NUR AMELIA SHAHIRA BINTI IBRAHIM
NUR FARAH ADILA BINTI OTHMAN

TENTATIF AKTIVITI KEM DUNIA REALISASI PELABURAN:
19/3/2011:
(Pagi)
11.30 : Berkumpul di Dataran Sri Bendahara.
12.00 : Bertolak ke Ledang
1.00   : Pendaftaran para pelajar dan solat zohor
2.30   : Perasmian Kem Dunia Realisasi Pelaburan
3.00   : Sesi 1 -  Mock Trading
4.00   : Rehat dan solat asar
5.10   :Sesi 2 -  Mock Trading
6.00   : Rehat dan makan petang
7.15   : Berkumpul dan solat  maghrib

(Malam) :
8.00   : Malam kebudayaan
10.30 : Night walk
12.30 : Tidur


 20/3/2011 :
(Pagi) :
6.30   : Solat subuh
7.00   : Berkumpul dan senaman pagi
7.45   : Minum pagi
8.25   : Permainan aktiviti lasak
12.00 : Makan tengahari
12.30 : Majlis penutup

(Petang):
1.00   : Balik ke UiTM

 BILANGAN PARA PESERTA KEM DUNIA REALISASI PELABURAN, TAMAN NEGARA LEDANG, JOHOR.


PELAJAR
BILANGAN
Penasihat NADIIA
2
Pengiring Pelajar
2
Exco NADIIA
20
Pelajar
95
Penceramah Jemputan
1
JUMLAH
`120




PENUTUP 

 Diharapkan dengan anjuran program seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama para pelajar, mendedahkan para pelajar dengan realiti dunia pelaburan dan berusaha untuk mendalami dunia pelaburan sebenar. Semoga NADIIA berterusan  untuk mengadakan program seperti ini lagi dan semoga para pelajar Diploma Analisis Pelaburan dapat memberikan sepenuh komitmen dalam program – program anjuran NADIIA selepas ini.

DISEDIAKAN OLEH                                                   DISAHKAN OLEH


………………………………….                                   ………………………………...
PENOLONG SETIAUSAHA 2                                    PENASIHAT 1 PROGRAM
NUR AMELIA SHAHIRA                                           CIK WAN ASMA HANIM
BINTI IBRAHIM                                                                      BINTI WAN MUSTAPHA




Gambar aktiviti:


UCAPAN PERASMIAN DARI PENASIHAT SATU PROGRAM,CIK WAN ASMA HANIM BINTI WAN                
MUSTAPHA.


ucapan ringkas daripada ketua projek saudari Nur Azwa bt Mad Radzi
penerangan yang disampaikan oleh ketua remiser iaitu saudara Muhammad Ilham b. Yusri

 para peserta semasa sesi perasmian.
ucapan pengenalan daripada pihak Taman Negara Ledang.
Trading clerk sibuk mengisi data dalam komputer riba masing-masing.






LAPORAN AKTIVITI MALAM APRESIASI DIPLOMA ANALISIS PELABURAN (NADIIA)

LAPORAN AKTIVITI MALAM APRESIASI DIPLOMA ANALISIS PELABURAN (NADIIA)

Bertarikh pada 17 Mac.2011, Persatuan NADI Diploma Investment Analysis (NADIIA) telah mengadakan Malam Apresiasi NADIIA bersama para pelajar Diploma Analisis Pelaburan dan juga para pensyarah kewangan UiTM Segamat. Majlis pada kali ini yang bertemakan ‘masquerade’ dan ‘hats maniac’, telah menjadi pilihan para pelajar sendiri semasa mesyuarat agong persatuan yang telah dijalankan pada awal semester.

            Objektif Malam Apresiasi NADIIA ini diadakan adalah bertujuan bagi memberikan penghargaan serta penghormatan kepada pelajar semester akhir yakni pelajar semester enam dan juga kepada para pelajar yang telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang pada semester yang lepas. Selain daripada itu majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan hubungan sillaturrahim serta mengukuhkan lagi perpaduan antara pelajar-pelajar, para exco dan juga para pensyarah kewangan UiTM Segamat. Hal ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali antara satu sama dengan lebih erat lagi.

            Malam Apresiasi NADIIA ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar dan ketibaan para tetamu kehormat. Seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua projek, saudara Ahmad Afifi Bin Abdul Rahim, ucapan daripada Presiden Persatuan NADIIA, saudara Muhammad Naguib Bin Khaidzir dan seterusnya ucapan perasmian dan ceramah motivasi  daripada Ketua  Program Diploma Analisis Pelaburan, En Khairuddin Bin Mohd Sali@Salleh. Didalam ceramah yang disampaikan itu, Encik Khairuddin memberi nasihat dan dorongan kepada semua pelajar Diploma Analisis Pelaburan. Selain itu beliau turut memberikan sedikit tips untuk menjawab peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi. Beliau mengakhirkan ucapan dengan harapan agar lebih ramai pelajar yang akan mendapat Anugerah Dekan pada semester ini.

 Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan malam dan sedang para tetamu enak menjamu selera, majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah serta persembahan pertama daripada pelajar.

Kemudian, para hadirin dihiburkan lagi dengan tayangan multimedia aktiviti persatuan yang telah disediakan oleh Exco Publisiti dan Multimedia persatuan NADIIA sepanjang semester ini dan semester yang lepas. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan kedua pelajar dan pemberian sijil kepada pelajar dekan serta pelajar terbaik bagi setiap semester. Setelah sesi penganugerahan sijil berakhir, majlis dihangatkan lagi dengan sesi cabutan bertuah yang kedua. Tepat pada jam 10.20 malam majlis tiba ke acara kemuncaknya dimana pelajar semester akhir membuat persembahan, dengan menyanyikan lagu Kau Ilhamku sambil dihiasi dengan tayangan multimedia khas daripada mereka.

            Sebelum berakhirnya Malam Apresiasi NADIIA ini, para hadirin telah disajikan sekali lagi dengan persembahan terakhir dan sesi penyampaian hadiah bagi jemputan yang hadir dengan memakai pakaian mengikut tema majlis pada malam tersebut dan seramai empat orang pemenang telah dipilih. Majlis berakhir tepat pada pukul 11.00 malam.



AHLI JAWATANKUASA MALAM APRESIASI NADIIA

Ketua Projek
Ahmad Afifi B Abdul Rahim

Pen. Ketua Projek
Nur Asyikin Bt Md Jalil

Setiausaha
Elmirushuda Bt Amerudin
Nur Amelia Shahira Bt Ibrahim

Bendahari
Siti Aisyah Bt Sailan

Exco Protokol
Mohamed Noor Asraf B Mohamed Mustafa
Norfazlin Bt Ismail
Muhammad Naguib B Khaidzir

Exco Publisiti dan Multimedia
Ahmad Hasyiem B Abdul Wahab
Khairil Azman B Radzali
Nurul Huda Bt Mahamahpoyi

Exco Makanan
Nurul Farahira Bt Fakhruzzaman
Mohammad Ariff B Abd Aziz

Exco Tugas-Tugas Khas
Muhammad Muzill B Mustakim
Dharwis B Hasnim

Exco Hadiah dan Cenderahati
Nor Azwa Bt Md Radzi
Nur Amelia Shahira Bt Ibrahim

Exco Pendaftaran
Nur Asyikin Bt Md Jalil
Nur Farah Adila Bt Othman

Exco Sijil dan Penghargaan
Elmirushuda Bt Amerudin


PENUTUP

Diharapkan dengan program yang dijalankan oleh persatuan NADIIA dapat memberi peluang kepada pelajar Diploma Analisis Pelaburan untuk merapatkan hubungan sekaligus menaikkan nama persatuan NADIIA sebagai persatuan yang aktif bergerak dan membangunkan para pelajar. Persatuan NADI Diploma Investment Analysis akan terus bergerak kehadapan seiring dengan moto persatuan iaitu “Personaliti Unggul Cemerlang Prestasi”.


Disediakan oleh,                                                         Disahkan oleh,

                            
Nur Amelia Shahira Bt Ibrahim                                   Cik Wan Asma Hanim Bt Wan Mustapha
Pen. Setiausaha II                                                       Penasihat I
Persatuan NADIIA                                                      Persatuan NADIIA


gambar aktiviti:

sesi pendaftaran para pelajar sebelum memasuki dewan.

Sesi makan malam bermula.

                        Pasangan pengacara bagi Malam                    
Apresiasi NADIIA , saudara Nor Jafni dan saudari Norfazlin

 Para pelajar sewaktu dihiburkan dengan persembahan.

  Pelajar-pelajar semester akhir setelah selesai membuat persembahan.                        

LAPORAN PERJUMPAAN PERDANA NADI INVESTMENT ANALYSIS (NADIIA) BERSAMA PENASIHAT PROGRAM SESI DIS 2010 – MEI 2011


LAPORAN PERJUMPAAN PERDANA NADI INVESTMENT ANALYSIS (NADIIA) BERSAMA PENASIHAT PROGRAM SESI DIS 2010 – MEI 2011



KETUA PROGRAM:
ENCIK KHAIRUDDIN

PENASIHAT 1 PROGRAM DIPLOMA ANALISIS PELABURAN:
CIK WAN ASMA HANIM BINTI WAN MUSTAPHA

PENASIHAT 2 PROGRAM DIPLOMA ANALISIS PELABURAN :
PUAN NOR SALIZA BINTI ABUBAKAR


YANG DIPERTUA :
MUHAMMAD NAGUIB BIN KHAIDZIR

NAIB YANG DIPERTUA:
NUR AZWA BINTI MD RADZI


SETIAUSAHA:
NURUL FARAHIRA BINTI FAKHRUZZAMAN

PENOLONG SETIAUSAHA 1:
ELMIRUSHUDA BINTI AMERUDIN

PENOLONG SETIAUSAHA 2:
NUR AMELIA SHAHIRA BINTI IBRAHIM


BENDAHARI:
NURUL ASYIKIN BINTI MD JALIL

PENOLONG BENDAHARI :
SITI AISYAH BINTI SAILAN


EXCO PROTOKOL:
MOHAMED NOOR ASRAF BIN MOHAMED MUSTAFA
NORFAZLIN BINTI ISMAIL



EXCO PERHUBUNGAN AWAM:
MUHAMMAD MUZILL BIN MUSTAKIM
DHARWIS BIN HASNIM


EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN:
AHMAD AFIFI BIN ABDUL RAHIM
MOHAMMAD ARIFF BIN ABD AZIZ


EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA :
AHMAD HASYIEM BIN ABDUL WAHAB
KHAIRIL AZMAN BIN RADZALI
NURUL HUDA BINTI MAHAMAHPOYI


EXCO AKADEMIK DAN KEBAJIKAN :
MOHD FADZIL BIN AHMAD FAUZI
NUR FARAH ADILA BINTI OTHMAN


EXCO KEUSAHAWANAN:
NUR ATIQAH BINTI ANWAR
NUR ARINA SYAIRAH BINTIKAMARUDIN

LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN PERDANA BERSAMA PENASIHAT PROGRAM
ANJURAN PERSATUAN NADIIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, JOHOR.

      Bertarikh pada 19 Januari 2011,  persatuan NADI Investment Analysis (NADIIA)  telah menganjurkan perjumpaan perdana diantara pelajar diploma analasis pelaburan dan penasihat satu program Diploma Analisis Pelaburan (DIIA). Perjumpaan perdana ini telah dijalankan bertempat di LT1. Program ini melibatkan semua pelajar semester satu hingga semester enam Diploma Analisis Pelaburan. Perjumpaan perdana ini telah dirasmikan oleh penasihat satu program iaitu Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha .
         Tentatif program ini dimulakan dengan ketibaan dan pendaftaran para pelajar. Kemudian disusuli dengan ketibaan tetamu jemputan. Seterusnya program diteruskan dengan ucapan alu-aluan, bacaan doa , ucapan perasmian oleh penasihat satu , Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha. Beliau telah member pesanan ringkas berkaitan dengan pembayaran yuran bagi pelajar semester satu, sedikit kisah bersama dengan mantan terdahulu iaitu Agushudi bin Muhsin dan amanat kepada semua barisan exco dan presiden persatuan juga tidak dilupakan kepada pelajar-pelajar Diploma Analisis Pelaburan. Lansung dari itu, program disusuli pula oleh ucapan dari  mantan presiden NADIIA, saudara Agushudi bin Muhsin. Saudara Agushudi bin Muhsin telah menceritakan serba sedikit tentang kejayan yang pernah dimilki oleh persatuan NADIIA dan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan semasa NADIIA masih dibawah pimpinan beliau. Seterusnya sesi bacaan ikrar oleh barisan  exco NADIIA yang diketuai oleh presiden NADIIA , Muhammad Naguib bin Khaidzir. Setelah bacaan ikrar selesai . saudara Muhammad NAGUIB bin Khaidzir ada memberikan sedikit ucapan ringkas, dalam ucapan ringkas beliau meberi maklumat berkaitan dengan pembayaran yuran kepada semua para pelajar Diploma Analisis Pelaburan dan menyatakan rasa terharunya apabila dilantik menjadi selaku presiden baru bagi persatuan NADIIA,tidak lupa juga beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berusaha menyambung legasi yang telah diamanahkan kepada beliau dan meletakkan NADIIA sebagai peratuan yang berjaya dan disegani. Perjumpaan Perdana ini diakhiri dengan persembahan montaj.
          Montaj yang disediakan pada malam tersebut telah mempamerkan senarai aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas , aktiviti yang bakal dilakukan pada semester ini dan memperkenalkan ahli jawatankuasa baru bagi persatuan NADI Investment  Analysis(NADIIA).
        Tepat pada jam 10.30 malam, perjumpaan perdana ini selesai dengan jayanya. Sesi  penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha dan jamuan ringan mengakhiri program ini. Diharapkan dengan perjumpaan perdana  yang telah dijalankan ini pelajar dapat memberikan sokongan padu dan jitu dalam setiap program yang telah dirangka pada semester ini.

           DISEDIAKAN OLEH:                                                                   DISAHKAN OLEH:
                                                        
( PENOLONG 2 SETIAUSAHA NADIIA)                                     (PENASIHAT 1 PROGRAM)
          NUR AMELIA SHAHIRA                                                         CIK WAN ASMA HANIM
                 BINTI IBRAHIM                                                                   BINTI WAN MUSTAPHA
  










Tentatif program Perjumpaan Perdana Persatuan NADI Diploma Analisis Pelaburan.

8.00 Malam   : Pendaftaran para pelajar.
8.45 Malam   : Ketibaan tetamu jemputan
                           - Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha
9.00 Malam   : Ucapan kata – kata aluan
                       : Bacaan doa
                       : Ucapan perasmian
                         ( Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha ) 
                       : Ucapan ringkas
                         ( Saudara Agushudi bin Muhsin )                        
                       : Bacaan ikrar oleh exco - exco
                       : Ucapan ringkas
                       ( Saudara Muhammad Naguib bin Khaidzir)                 
                       : Persembahan montaj
10.30 Malam : Jamuan ringan
                       : Majlis bersurai