Jumaat, 20 Mei 2011

LAPORAN AKTIVITI MALAM APRESIASI DIPLOMA ANALISIS PELABURAN (NADIIA)

LAPORAN AKTIVITI MALAM APRESIASI DIPLOMA ANALISIS PELABURAN (NADIIA)

Bertarikh pada 17 Mac.2011, Persatuan NADI Diploma Investment Analysis (NADIIA) telah mengadakan Malam Apresiasi NADIIA bersama para pelajar Diploma Analisis Pelaburan dan juga para pensyarah kewangan UiTM Segamat. Majlis pada kali ini yang bertemakan ‘masquerade’ dan ‘hats maniac’, telah menjadi pilihan para pelajar sendiri semasa mesyuarat agong persatuan yang telah dijalankan pada awal semester.

            Objektif Malam Apresiasi NADIIA ini diadakan adalah bertujuan bagi memberikan penghargaan serta penghormatan kepada pelajar semester akhir yakni pelajar semester enam dan juga kepada para pelajar yang telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang pada semester yang lepas. Selain daripada itu majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan hubungan sillaturrahim serta mengukuhkan lagi perpaduan antara pelajar-pelajar, para exco dan juga para pensyarah kewangan UiTM Segamat. Hal ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali antara satu sama dengan lebih erat lagi.

            Malam Apresiasi NADIIA ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar dan ketibaan para tetamu kehormat. Seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua projek, saudara Ahmad Afifi Bin Abdul Rahim, ucapan daripada Presiden Persatuan NADIIA, saudara Muhammad Naguib Bin Khaidzir dan seterusnya ucapan perasmian dan ceramah motivasi  daripada Ketua  Program Diploma Analisis Pelaburan, En Khairuddin Bin Mohd Sali@Salleh. Didalam ceramah yang disampaikan itu, Encik Khairuddin memberi nasihat dan dorongan kepada semua pelajar Diploma Analisis Pelaburan. Selain itu beliau turut memberikan sedikit tips untuk menjawab peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi. Beliau mengakhirkan ucapan dengan harapan agar lebih ramai pelajar yang akan mendapat Anugerah Dekan pada semester ini.

 Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan malam dan sedang para tetamu enak menjamu selera, majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah serta persembahan pertama daripada pelajar.

Kemudian, para hadirin dihiburkan lagi dengan tayangan multimedia aktiviti persatuan yang telah disediakan oleh Exco Publisiti dan Multimedia persatuan NADIIA sepanjang semester ini dan semester yang lepas. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan kedua pelajar dan pemberian sijil kepada pelajar dekan serta pelajar terbaik bagi setiap semester. Setelah sesi penganugerahan sijil berakhir, majlis dihangatkan lagi dengan sesi cabutan bertuah yang kedua. Tepat pada jam 10.20 malam majlis tiba ke acara kemuncaknya dimana pelajar semester akhir membuat persembahan, dengan menyanyikan lagu Kau Ilhamku sambil dihiasi dengan tayangan multimedia khas daripada mereka.

            Sebelum berakhirnya Malam Apresiasi NADIIA ini, para hadirin telah disajikan sekali lagi dengan persembahan terakhir dan sesi penyampaian hadiah bagi jemputan yang hadir dengan memakai pakaian mengikut tema majlis pada malam tersebut dan seramai empat orang pemenang telah dipilih. Majlis berakhir tepat pada pukul 11.00 malam.



AHLI JAWATANKUASA MALAM APRESIASI NADIIA

Ketua Projek
Ahmad Afifi B Abdul Rahim

Pen. Ketua Projek
Nur Asyikin Bt Md Jalil

Setiausaha
Elmirushuda Bt Amerudin
Nur Amelia Shahira Bt Ibrahim

Bendahari
Siti Aisyah Bt Sailan

Exco Protokol
Mohamed Noor Asraf B Mohamed Mustafa
Norfazlin Bt Ismail
Muhammad Naguib B Khaidzir

Exco Publisiti dan Multimedia
Ahmad Hasyiem B Abdul Wahab
Khairil Azman B Radzali
Nurul Huda Bt Mahamahpoyi

Exco Makanan
Nurul Farahira Bt Fakhruzzaman
Mohammad Ariff B Abd Aziz

Exco Tugas-Tugas Khas
Muhammad Muzill B Mustakim
Dharwis B Hasnim

Exco Hadiah dan Cenderahati
Nor Azwa Bt Md Radzi
Nur Amelia Shahira Bt Ibrahim

Exco Pendaftaran
Nur Asyikin Bt Md Jalil
Nur Farah Adila Bt Othman

Exco Sijil dan Penghargaan
Elmirushuda Bt Amerudin


PENUTUP

Diharapkan dengan program yang dijalankan oleh persatuan NADIIA dapat memberi peluang kepada pelajar Diploma Analisis Pelaburan untuk merapatkan hubungan sekaligus menaikkan nama persatuan NADIIA sebagai persatuan yang aktif bergerak dan membangunkan para pelajar. Persatuan NADI Diploma Investment Analysis akan terus bergerak kehadapan seiring dengan moto persatuan iaitu “Personaliti Unggul Cemerlang Prestasi”.


Disediakan oleh,                                                         Disahkan oleh,

                            
Nur Amelia Shahira Bt Ibrahim                                   Cik Wan Asma Hanim Bt Wan Mustapha
Pen. Setiausaha II                                                       Penasihat I
Persatuan NADIIA                                                      Persatuan NADIIA


gambar aktiviti:

sesi pendaftaran para pelajar sebelum memasuki dewan.

Sesi makan malam bermula.

                        Pasangan pengacara bagi Malam                    
Apresiasi NADIIA , saudara Nor Jafni dan saudari Norfazlin

 Para pelajar sewaktu dihiburkan dengan persembahan.

  Pelajar-pelajar semester akhir setelah selesai membuat persembahan.                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan