Jumaat, 20 Mei 2011

LAPORAN PROGRAM KEM DUNIA REALISASI PELABURAN,TAMAN NEGARA LEDANG JOHOR.

LAPORAN PROGRAM KEM DUNIA REALISASI PELABURAN,TAMAN NEGARA LEDANG JOHOR.

Bertarikh pada 19.Mac.2011 hingga 20.Mac.2011, Persatuan NADI Diploma Investment Analysis,UiTM Johor telah menganjurkan satu program Kem Dunia Realisasi Pelaburan. Program ini telah berlansung selama dua hari satu malam bertempat di Taman Negara Ledang, Johor. Selain daripada 20 orang ahli jawatankuasa NADIIA, seramai 90 orang pelajar Diploma Analisis Pelaburan dan empat orang pegawai pengiring telah mengikuti rombongan ini.
Kem ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan realiti dunia pelaburan pada zaman millenium ini. Selain dari itu, pihak NADIIA mengadakan kem ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada para bagi memantapkan kemahiran komunikasi yang telah sedia ada dalam diri para pelajar. Program ini juga dapat membina semangat kerjasama, berdisiplin, dan berdaya saing dikalangan para pelajar sendiri.
Program dimulakan dengan pendaftaran para pelajar bertempat di Dataran Sri Bendahara dan telah bertolak ke Taman Negara Ledang, Johor sekitar pukul 1.00 petang. Sesampainya di Taman Negara Ledang, Johor para pelajar telah diagihkan ke pondok dan khemah masing – masing dan diberikan ruang berehat bagi menunaikan solat dan makan tengahari. Kemudian tepat pada pukul 3.00 petang sesi permainan jual beli saham atau nama komersialnya ‘mock trading’ telah dimulakan. Kemudian pada pukul 4.30 petang disambung pula dengan sesi permainan jual beli saham (mock trading) yang kedua. Sekitar pukul 6.30 petang sesi jual beli saham (mock trading) tamat dan para pelajar dilepaskan untuk menunaikan solat fardhu  asar seterusnya membersihkan diri.
Pada sebelah malam pula para pelajar dikumpulkan sebelum waktu maghrib, bertujuan untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Pada pukul 8.00 malam Kem Dunia Realisasi Pelaburan diteruskan dengan malam kebudayaan. Aktiviti malam kebudayaan adalah aktiviti dimana bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk merehatkan minda dengan aktiviti yang ringan. Dalam aktviti ini, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk membuat persembahan berdasarkan tugasan yang telah diberi sebelum kem bermula. Pelbagai jenis tugasan telah diberikan dan diantaranya adalah,cereka labu dan labi, tiga madu dan bujang lapok. Pada sesi malam kebudayaan ini juga diselangkan dengan hidangan makan malam yang berkonsepkan ‘barbeque’.
Lebih kurang pada jam 11.30 malam Kem Dunia Realisasi Pelaburan diteruskan dengan aktiviti ‘night walk’. Aktiviti ini menuntut semua pelajar,exco NADIIA dan pegawai pengiring untuk menyertainya. Aktiviti ini adalah aktiviti dimana peserta –peserta dilihatkan kepada dunia hutan pada waktu malam. Para peserta diberi peluang untuk melihat haiwan –haiwan liar pada waktu malam dan mendedahkan para pelajar tentang indahnya dunia kehidupan haiwan didalam hutan yang realiti. Sesi ‘night walk’ ini berakhir pada pukul 1.00 pagi dan selepas itu para peserta dibenarkan pulang ke pondok dan khemah masing –masing.
20.Mac.2011 , para peserta telah dikejutkan pada pukul 5.30 pagi bagi memulakan sesi kem pada hari kedua. Selepas sesi solat subuh secara berjemaah para peserta dikehendaki berkumpul didepan meja pendaftaran Taman Negara Ledang, Johor bagi sesi senaman pagi. Sejurus dari itu para peserta telah dihidangkan dengan sarapan pagi. Sesi ‘abseiling’ dan ‘ flying fox’ mengambil tempat pula sebagai aktiviti seterusnya. Pada pukul 12.00 tengahari Kem Dunia Realisasi Pelaburan ini ditutup dengan rasminya. Semasa majlis penutupan ini acara penyampaian hadiah telah berlangsung. Penyampaian hadiah dan sijil telah diberikan kepada peserta terbaik ‘mock trading’ seramai tiga orang, kumpulan terbaik dan cenderahati kepada pihak Taman Negara Ledang serta pegawai pengiring. Hadiah telah disampaikan oleh Penasihat satu program Diploma Analisis Pelaburan, Cik Wan Asma Hanim binti Wan Mustapha dan ketua projek Saudari Nor Azwa bt Radzi. Tepat pada 1.00 petang para peserta Kem Dunia Realisasi Pelaburan pulang semula ke UiTM,Johor.

AHLI JAWATANKUASA KEM DUNIA REALISASI PELABURAN TAMAN NEGARA,JOHOR .

KETUA PROJEK
NOR AZWA BINTI  MD RADZI

PENOLONG KETUA PROJEK
MUHAMMAD NAGUIB BINTI KHAIDZIR

SETIAUSAHA
ELMIRUSHUDA BINTI AMERUDIN
NUR AMELIA SHAHIRA BINTI IBRAHIM

BENDAHARI
NUR ASYIKIN BINTI  MD JALIL
SITI AISYAH BINTI SAILAN

EXCO PROTOKOL
MOHAMED NOOR ASRAF BIN MOHAMED MUSTAFA
NOR FAZLIN BINTI ISMAIL

EXCO PUBLISITI DAN MUTIMEDIA
AHMAD HASYIEM BIN ABDUL WAHAB
NURUL HUDA BINTI MAHAMAHPOYI

EXCO MAKANAN
KHAIRIL AZMAN BIN RADZALI
NUR ARINA SYAIRAH BINTI KAMARUDIN



EXCO PENGANGKUTAN DAN TEMPAHAN
DHARWIS BIN HASNIM
MUHAMMAD MUZILL BIN MUSTAKIM


EXCO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
NURUL FARHIRA BINTI FAKHRUZZAMAN
MOHD FADZIL BIN AHMAD FAUZI
NUR ATIQAH BINTI ANWAR


EXCO SUKAN DAN KEBAJIKAN
MUHAMMAD ARIFF BIN ABD AZIZ
AHMAD AFIFI BIN ABDUL RAHIM


EXCO HADIAH DAN SIJIL
NUR AMELIA SHAHIRA BINTI IBRAHIM
NUR FARAH ADILA BINTI OTHMAN

TENTATIF AKTIVITI KEM DUNIA REALISASI PELABURAN:
19/3/2011:
(Pagi)
11.30 : Berkumpul di Dataran Sri Bendahara.
12.00 : Bertolak ke Ledang
1.00   : Pendaftaran para pelajar dan solat zohor
2.30   : Perasmian Kem Dunia Realisasi Pelaburan
3.00   : Sesi 1 -  Mock Trading
4.00   : Rehat dan solat asar
5.10   :Sesi 2 -  Mock Trading
6.00   : Rehat dan makan petang
7.15   : Berkumpul dan solat  maghrib

(Malam) :
8.00   : Malam kebudayaan
10.30 : Night walk
12.30 : Tidur


 20/3/2011 :
(Pagi) :
6.30   : Solat subuh
7.00   : Berkumpul dan senaman pagi
7.45   : Minum pagi
8.25   : Permainan aktiviti lasak
12.00 : Makan tengahari
12.30 : Majlis penutup

(Petang):
1.00   : Balik ke UiTM

 BILANGAN PARA PESERTA KEM DUNIA REALISASI PELABURAN, TAMAN NEGARA LEDANG, JOHOR.


PELAJAR
BILANGAN
Penasihat NADIIA
2
Pengiring Pelajar
2
Exco NADIIA
20
Pelajar
95
Penceramah Jemputan
1
JUMLAH
`120




PENUTUP 

 Diharapkan dengan anjuran program seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama para pelajar, mendedahkan para pelajar dengan realiti dunia pelaburan dan berusaha untuk mendalami dunia pelaburan sebenar. Semoga NADIIA berterusan  untuk mengadakan program seperti ini lagi dan semoga para pelajar Diploma Analisis Pelaburan dapat memberikan sepenuh komitmen dalam program – program anjuran NADIIA selepas ini.

DISEDIAKAN OLEH                                                   DISAHKAN OLEH


………………………………….                                   ………………………………...
PENOLONG SETIAUSAHA 2                                    PENASIHAT 1 PROGRAM
NUR AMELIA SHAHIRA                                           CIK WAN ASMA HANIM
BINTI IBRAHIM                                                                      BINTI WAN MUSTAPHA




Gambar aktiviti:


UCAPAN PERASMIAN DARI PENASIHAT SATU PROGRAM,CIK WAN ASMA HANIM BINTI WAN                
MUSTAPHA.


ucapan ringkas daripada ketua projek saudari Nur Azwa bt Mad Radzi
penerangan yang disampaikan oleh ketua remiser iaitu saudara Muhammad Ilham b. Yusri

 para peserta semasa sesi perasmian.
ucapan pengenalan daripada pihak Taman Negara Ledang.
Trading clerk sibuk mengisi data dalam komputer riba masing-masing.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan