LAPORAN PROGRAM INDUKSI
PELAJAR SEMESTER 1 DAN 2
SESI JULAI – NOVEMBER 2010
ANJURAN PERSATUAN NADI DIPLOMA IN INVESTMENT ANALYSIS UITM JOHOR (NADIIA)
TARIKH:
18 JULAI 2010
TEMPAT:
DEWAN SRI PERIA
1.0 PENGENALAN
Pada 18 Julai 2010 yang lalu Persatuan Nadi Diploma In Investment Analysis (NADIIA) telah mengadakan program induksi yang melibatkan pelajar semester 1 dan 2 diploma analisa pelaburan sesi Julai-November 2010. Program ini dijalankan selama satu hari. Program ini bertujuan untuk membimbing para pelajar dengan mendedahkan sedikit sebanyak tentang khursus Diploma Analisa Pelaburan yang mereka ambil. Selain itu, penekanan terhadap peluang pekerjaan juga turut diterangkan dengan lebih dalam. Ceramah telah diberikan oleh Penasihat program agar penerangan yang disampaikan akan dapat mencapai objektif yang ingin dicapai. Selain itu, program induksi ini juga telah merapatkan lagi hubungan sesama pelajar dan hubungan pelajar dengan pensyarah.
Program induksi ini telah diisi dengan aktiviti LDK yang dijalankan didalam dewan Sri Peria. Sebanyak tiga sesi telah dijalankan dan setiap sesi mempunyai misi dan visi tersendiri yang ingin kami capai. Antaranya ialah penerepan nilai-nilai tanggungjawab, kepimpinan serta kerjasama dalam diri pejajar untuk melahirkan pelajar yang bermutu.
Bagi mengimbangi antara aktiviti rohani dan jasmani. Kami telah mengadakan aktiviti sukaneka disebelah petang. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan sifat kerjasama, malah daya ketahanan badan juga dapat ditingkatkan.
2.0 OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif perlaksanaan program induksi pelajar semester 1 dan 2 Diploma Analisa Pelaburan, antaranya:
1) Merapatkan silaturahim antara pelajar lama dan pelajar baru Diploma Analisa Pelaburan.
2) Bagi menerangkan kepada pelajar semester 1 apa yang terkandung di dalam Diploma Analisa Pelaburan serta merangkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dengan lebih lanjut.
3) Membincangkan matlamat dan peranan kelab NADIIA.
4) Membuat mereka berfikir bagi menyelesaikan masalah dengan kreatif dan inovatif serta mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri mereka.
5) Membuat mereka sedar disamping aktiviti ilmiah, spiritual adalah utama dan sebagai tangga untuk kejayaan.
3.0 TENTATIF PROGRAM INDUKSI
7:30 : Ketibaan dan Pendaftaran Pelajar Baru
8:00 : Sarapan Pagi
8:20 : Majlis Perasmian
- Nyanyian lagu UiTM Di Hatiku
- Bacaan Doa
- Ucapan Naib Presiden NADIIA, (Farah Ain Binti Zamzaibol Baha)
- Ucapan Ketua Projek, (Muhammad Naguib Bin Khaidzir)
- Ucapan Penasihat NADIIA, ( Cik Wan Asma Hanim Binti Wan Mustapha)
- Ucapan Serta Perasmian Daripada Koordinator Program DIIA,
( En Khairudin bin Sali@Saleh )
- Montaj AJK Induksi
9:20 : Ceramah Daripada En Khairudin Bin Sali@Salleh
10:50 : Pembahagian Kumpulan
11:30 : LDK 1 (Masak-Masak)
12:30 : Balik
2:00 : Daftar Masuk Semula
2:15 : LDK 2 (Dare To Fail)
3:15 : LDK 3 (Teka Gambar)
4:00 : Bergerak Ke Padang
4:30 : Sukaneka
- 10 Sen, 5 Sen
- Dodgeball
- Tarik Tali
6:30 : Bersurai
8:00 : Daftar Masuk Semula
8:30 : ‘ Talent Show’
Ramah Mesra AJK Induksi
9:30 : Penyampaian Hadiah dan Penutup
10:00 : Bersurai
Ceramah oleh Koordinator Program
Ceramah telah disampaikan oleh koordinator program sendiri iaitu Encik Khairudin bin Sali@Salleh. Ceramah ini telah memperkenalkan apa itu analisa pelaburan kepada para pelajar. Disamping itu mereka juga turut diberitahu akan objektif kursus ini serta peluang pekerjaan yang ada.
Pembahagian kumpulan
Setiap pelajar telah diberikan dengan kertas sodoku yang mempunya nombor yang berlainan iaitu 1-12. Mereka dikehendaki menyiapkan tugasan sodoku itu dalam masa yang telah ditetapkan. Pembahagian kumpulan dimulakan setelah tamat sesi ceramah iaitu mereka perlu berkumpul mengikut nombor yang tertera pada kertas sodoku masing-masing. Sebanyak 12 buah kumpulan telah dibentuk. Aktiviti ini dijalankan untuk meransang otak mereka pada waktu pagi dengan menyelesaikan sudoku.
LDK 1: Masak-masak
Ini merupakan aktiviti LDK yang pertama. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan telah diberikan satu resipi yang berlainan. Mereka dikehendaki memikirkan menu makanan yang boleh dicipta berdasarkan resepi yang telah diberi dan membuat perbentangan setelah masa 15minit diperuntukkan untuk mereka berbincang didalam kumpulan. Aktiviti ini diadakan untuk mewujudkan komunikasi antara ahli dalam setiap kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dimana mereka perlu melukis menu masakan ciptaan mereka di kertas mahjung.
LDK2 : Dare to Fail
Dalam aktiviti ini para pelajar telah diberi situasi dimana sekiranya syarikat yang mereka buka telah mengalami kerugian dan bankrupt, apakah tindakan yang akan mereka ambil untuk menyelamatkan syarikat mereka. Para pelajar telah diberikan beberapa faktor kejatuhan sesebuah syarikat dan memilih salah satu faktor dan memberi cara penyelesaian yang terbaik. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis, menggalakkan komunikasi antara ahli dalam kumpulan dan membuat perbentangan dengan baik disamping meningkatkan keyakinan diri.
LDK3: Teka Gambar
Aktiviti ini adalah untuk mengajar pelajar untuk fokus terhadap setiap aktiviti dalam kehidupan mereka yang menjadi penentu kejayaan keatas setiap tugasan yang diberikan. Selain itu, kami juga menerapkan tentang komunikasi berkesan dalam diri setiap pelajar. Aktiviti ini memerlukan seorang exco untuk melukis peta sebuah tempat. Kemudian setiap ahli kumpulan akan melihat peta tersebut satu persatu kemudian mereka perlu berkomunikasi dalam bentuk ‘non-verbal communication’ kepada pelukis setiap kumpulan. Ahli kumpulan yang dapat melukis peta tempat tersebut dengan kadar yang paling banyak ketepatannya akan dikira sebagai pemenang.
Sukaneka
Antara sukeneka yang telah dijalankan ialah permainan ’10sen 5sen’, galah panjang dan ‘baring-baring’. Aktiviti ini dijalankan didalam dewan memandangkan cuaca yang hujan pada sesi petang. Aktiviti ini bertujuan untuk beriadah disamping mewujudkan semangat kerjasama dalam sesebuah kumpulan dan membuat perancangan yang sistematik untuk memenangi permainan yang mereka sertai.
‘Talent Show’
Dalam aktiviti ini setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk memperagakan pakaian. Aktiviti ini diadakan untuk mewujudkan suasana gembira setelah seharian mereka menjalani aktiviti dalam kumpulan. Disamping itu, para pelajar boleh mengeratkan lagi hubungan sesama mereka dengan tolong menolong antara satu sama lain.
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM INDUKSI
Ketua Projek : Muhammad Naguib Bin Khaidzir
P. Ketua Projek : Ahmad Afifi Bin Abdul Rahim
Setiausaha : Nurul Farahira Binti Fakhruzzaman
Bendahari : Noor Afiqah Binti Che Soh Nur Asyikin Binti Md Jalil
Pengacara Majlis : Mohamad Adam Bin Mohamad Lotfy
Nurul Aini Binti Norazman
Protokol : Farah Ain Binti Zamzaibol Baha
Sajrah Adilah Binti Alizaini
Publisiti : Nur Saiyidah Binti Nik Zainal Alam
Nur Edurra Binti Md Talib
Makanan : Nadiah Binti Amiruddin
Nur Kartika Elani Binti Yayanto
Sijil, Hadiah dan Cenderamata : Noor Amirah Binti Ahmad
Nur Azwa Binti Mohd Radzi
Jurufoto : Nazira Binti Arbange
Multimedia : Muhammad Muzill Bin Mustakim
Tugas-Tugas Khas : Muhammad Ilham Bin Yasri
Asyikin Binti Md Jalil
Pendaftaran dan Mentor Kumpulan : Adzreen Nazirah Khan Binti Yassir Khan
Nurul Zarinie Binti Mohd Zaki
Nurul Syafiqah Binti Zaminhuri
Mohammad Hifzhan Bin Mohd Hilmi
Muhammad Firdaus Bin Roslan
Ahmad Fikri Bin Roslan
Adibb Bin Fadzil
A’in Zubaidah Binti Jaafar
Nur Kiasah Binti Nik Zainal Alam
6.0 MASALAH DAN KEKANGAN
Masalah yang dihadapi sepanjang program ini dijalankan ialah komputer didewan Sri Peria tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan nyanyian lagu ‘UiTM DiHATI KU’ tidak dapat dimainkan dan keadaan menjadi sedikit kelam kabut.
Pada sesi petang pula hujan yang turun berterusan menyebabkan aktiviti sukaneka tidak dapat dijalankan dipadang. Ini menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan yang cepat untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun aktiviti ini tetap dijalankan didalam dewan Sri Peria.
7.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH
Cadangan dan penyelesaian masalah yang perlu dilakukan ialah sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan kerosakkan teknikal dengan menyediakan alternatif lain.
Selain itu, diharapkan semua peserta perlu sentiasa peka dengan masalah dan sebarang perubahan dalam tentatif supaya dapat mengambil langkah yang tepat dan cepat.
8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, program induksi pelajar semester 1 dan 2 ini dapat berjalan dengan lancar walaupun terdapat perubahan di tentatif program kerana hujan yang turun pada waktu petang. Program ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mengenali kurus yang diambil iaitu analisa pelaburan selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar baru dengan barisan exco NADIIA dan juga para pensyarah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program induksi pelajar baru semester Julai-November 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan