LAPORAN PROGRAM OPKIM
KEM KEPIMPINAN PELAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
ULU TIRAM, JOHOR
ANJURAN PERSATUAN NADI DIPLOMA IN INVESTMENT ANALYSIS UITM JOHOR
(NADIIA)
TARIKH:
26 FEBRUARI – 28 FEBRUARI 2010
TEMPAT:
TIRAM INDAH VILLAGE
1.0 PENGENALAN
Pada 26 Februari – 28 Februari 2010, Persatuan Nadi Diploma In Investment Analysis (NADIIA), Universiti Teknologi Mara kampus Segamat telah menganjurkan satu Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Kepimpinan Pelajar atas kerjasama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Masai, Ulu Tiram. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Tiram Indah Village. Para pelajar yang terlibat seramai 130 orang yang mengikut kepada sahutan 1 Malaysia iaitu daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Para pelajar yang terlibat ini adalah pelajar-pelajar yang mempunyai jawatan di sekolah terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas, pustakawan, pengawas dan pemimpin-pemimpin kokurikulum. Mereka berusia di antara 10 tahun sehingga 12 tahun. Pihak sekolah juga telah menghantar para guru seramai 10 orang sebagai pembantu kepada fasilatator dan urusetia sepanjang program dijalankan. Program ini diadakan bertujuan untuk memimpin dan melahirkan pelajar–pelajar yang lebih terbuka dan berdaya saing serta menerapkan nilai tanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara. Selain itu, para fasilatator dan urusetia yang terlibat juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat, pandangan, nasihat dan idea dengan pelajar-pelajar terbabit. Program ini juga dapat membina dan memupuk semangat kerjasama, berdisiplin, bersatu hati, dan dan berusaha dikalangan para pelajar dan fasilatator serta urusetia itu sendiri. Malah dalam konteks sebenar sekaligus dapat menaikkan nama Persatuan Nadi Diploma In Investment Analysis dan Universiti Teknologi Mara.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membantu para pelajar ini supaya lebih berdaya saing dan bertanggungjawab dari segi kepimpinan, pengurusan masa, pendidikan dan pengurusan carta organisasi.
2.2 Hubungan yang akrab di kalangan para pelajar, fasilatator, urusetia dan para guru yang terlibat.
2.3 Para fasilatator dan urusetia juga dapat bertukat-tukar pendapat, pandangan, nasihat dan idea yang menarik kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam memikul tanggungjawab sebagai pelajar sekaligus sebagai pemimipin di masa hadapan.
2.4 Dapat menjadi panduan kepada para pelajar untuk menambahbaikkan corak kepimpinan yang lebih efisyen dan produktif.
2.5 Memupuk semangat sukarelawan dan amal kebajikan di kalangan ahli yang terlibat.
3.0 PROGRAM DAN PENGISIAN
JUMAAT ( 26 FEBRUARI 2010 )
PETANG
2.30 : Para fasilatator, urusetia dan pegawai pengiring berkumpul di Dataran Seri Bendahara.
3.00 : Bertolak ke Ulu Tiram.
MALAM
7.00 : Tiba di Tiram Indah Village.
9.00 : Persediaan bahan aktiviti dan tempat program.
12.00 : Tidur.
SABTU ( 27 FEBRUARI 2010 )
PAGI
7.00 : Sarapan pagi.
8.00 : Persediaan tempat aktiviti bagi pendaftaran pelajar.
8.30 : Ketibaan pelajar dan pendaftaran.
9.30 : Majlis pembukaan dan perasmian oleh Ketua projek, pengawai pengiring dan wakil dari pihak sekolah.
10.15 : Kudapan.
10.30 : Taklimat program oleh Kem Komander.
- melantik penghulu serta penghuluwati sepanjang program dijalankan.
11.00 : Ice breaking
- pembahagian kumpulan mengikut warna tag yang diberikan semasa pendaftaran.
- kertas kerja telah diberikan kepada 10 kumpulan yang dibentuk untuk mencipta nama kumpulan, logo dan trademark.
- kertas mahjung telah diberikan.
- mendapat barang amanah untuk kumpulan dan individu itu sendiri.
- melantik ketua kumpulan, penolong dan bendahari.
PETANG
1.00 : Makan tengahari dan solat berjemaah di surau.
2.00 : LDK 1 (jom 'explore').
- setiap kumpulan dikehendaki melukis apa yang telah mereka lihat berdasarkan kertas lukisan yang diletakkan di hadapan.
- barang-barang yang digunakan ialah kertas mahjung.
- pembentangkan oleh setiap kumpulan.
3.00 : LDK 2 ( hikayat Si Putam ).
- diberikan 'hand out' mengenai Hikayat Si Putam.
- setiap kumpulan diminta membentangkan kertas kerja.
4.15 : Minum petang dan solat berjemaah di surau.
4.45 : Rempuh halangan.
- mempunyai 5 'check point' yang dijaga oleh urusetia.
- permainan di kelima-lima 'check point' tersebut ialah Sudoku, ketenteraan, jalan atas plastik, masukkan kayu dalam botol tanpa menggunakan tangan dan kecil-kecil cili padi.
- barang-barang yang digunakan ialah botol, kacang masakan, kayu, tali rafiaa, plastik, alat-alat tulis dan polistrin.
6.00 : Mandi dan persiapan diri.
6.30 : Makan malam.
MALAM
7.00 : Berkumpul di surau untuk solat mangrib, kuliah dan solat isya'.
9.00 : LDK 3 ( menuju puncak ).
-setiap kumpulan diminta mencipta dan melukis universiti impian mereka.
-setiap kumpulan diberikan kertas mahjung dan mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka
11.00 : Minum malam
11.15 : Muhasabah diri.
12.30 : Tidur.
AHAD ( 28 FEBRUARI 2010 )
PAGI
5.15 : Mandi dan persiapan diri.
5.45 : Berkumpul di surau untuk solat subuh dan kuliah pagi.
6.45 : Senaman pagi dan membina menara belon.
8.00 : Sarapan pagi
8.30 : Ceramah bertajuk " Aku Pemimpin Hebat".
10.00 : Kudapan.
10.30 : LDK 4 ( protected seed ).
- mencipta satu bekas untuk mengelakkan telur yang diberikan itu pecah.
- setiap kumpulan diminta untuk membentangkan kertas kerja masing-masing.
11.00 : Persediaan majlis penutup.
PETANG
1.00 : Makan tangahari dan solat berjemaah.
2.00 : Majlis penutup.
4.O KAEDAH PERLAKSANAAN
Terdapat beberapa aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang 2 hari aktiviti tersebut dan berikut merupakan kaedah pelaksanaan aktiviti tersebut.
4.1 'Ice Breaking'
Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama dalam Program Kepimpinan Pelajar yang bertujuan untuk mengagihkan mereka kepada 12 kumpulan yang akan dibimbing oleh seorang fasilitator. Dalam aktiviti ini mereka akan mengenali ahli kumpulan mereka dengan lebih rapat dan mereka dikehendaki mencipta 'trade mark' kumpulan mereka. Selain itu pemberian barang amanah turut akan diberikan kepada pelajar. Antara barang amanah yang dibekalkan adalah belon air, duit (sekadar duit contoh) dan lain-lain.
4.2 LDK 1 ( Jom 'Explore' )
Aktiviti ini adalah untuk mengajar pelajar untuk fokus terhadap setiap aktiviti dalam kehidupan mereka yang menjadi penentu kejayaan keatas setiap tugasan yang diberikan. Selain itu, kami juga menerapkan tentang komunikasi berkesan dalam diri setiap pelajar. Aktiviti ini memerlukan fasilitator untuk melukis peta sebuah tempat. Kemudian setiap ahli kumpulan akan melihat peta tersebut satu persatu kemudian mereka perlu berkomunikasi dalam bentuk 'non-verbal communication' kepada pelukis setiap kumpulan. Ahli kumpulan yang dapat melukis peta tempat tersebut dengan kadar yang paling banyak ketepatannya akan dikira sebagai pemenang.
4.3 LDK 2 ( Hikayat Si Putam )
Aktiviti ini pula bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Aktiviti ini hanya memerlukan sehelai kertas A4 yang telah dicetak gambar dua ekor kambing putih dan kambing hitam. Kedua-dua ekor kambing tersebut mengalami konflik untuk menaiki jambatan tersebut. Kemudian, pelajar dikehendaki menyelesaikan konflik tersebut dengan cara lakonan.
4.4 LDK 3 ( Menuju Puncak )
Aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. dimana nilai ini sangat diperlukan dalam pembentukkan jati diri seorang pemimpin. Malah, menggalakkan serta meningkatkan skil komunikasi antara ahli dan memupuk sifat hormat akan segala pandangan ahli kumpulan. Aktiviti yang berbentuk pembentangan dalam kumpulan ini bertemakan 'My University'. Kertas mahjung serta pen marker akan diberikan kepada setiap kumpulan untuk memudahkan ilustrasi universiti impian mereka. Kemudian, mereka perlu membentangkan dihadapan semua pelajar dan nilai keberanian untuk berada di hadapan khalayak juga dapat dipupuk.
4.5 LDK 4 ( 'Protected Seed' )
Aktiviti ini banyak menerapkan nilai-nilai murni sebagai contoh amanah, bertangunggjawab, kreatif dan kritis berfikir, semangat kerjasama dan memastikan mereka dapat menguruskan organisasi dengan penuh dedikasi. Sebagai permulaan mereka dikehendaki membeli barang-barang yang para fasilitator akan jual dengan menggunakan duit yang dibekalkan pada hari pertama. Mereka diekehendaki untuk mencipta alat pelindungan telur yang diberikan. Kemudian alat pelindung tersebut hendaklah boleh menghalang telur tersebut dari pecah. Kumpulan yang dapat mencipta alat yang paling praktikal dan efektif sebagai alat pelindung akan dikira sebagai pemenang.
4.6 Rempuh Halangan
Aktiviti yang akan menguji ketahanan fizikal dan mental ini merupakan aktiviti luar yang akan menguji mereka mengendali situasi pada saat-saat genting tanpa mengenepikan nilai kekitaan. Hal ini demikian kerana, mereka tetap akan bergerak dalam satu kumpulan dan akan merempuh beberapa halangan untuk melepasi garisan penamat dengan catatan masa terpantas.
4.7 Ceramah
Ceramah yang akan diadakan bertemakan 'Aku Pemimpin Hebat'. Bertujuan untuk memberi gambaran penuh dan hala tuju kepada bakal-bakal pemimpin yang bakal pemimpin pelajar yang lain. Slot ini akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pusat Kefahaman Islam iaitu Professor Madya Ust. Ahmad Nawawi Bin Yaakob.
5.0 CARTA ORGANISASI NADIIA DISEMBER 2009 - APRIL 2010
Presiden
Agushudi b. Muhsin
Naib Presiden
Farah Ain bt. Zamzaibol Baha
Setiausaha 1
Nurshafinaz Azurin
Setiausaha 2
Nurul Farahira bt. Fakhruzzaman
Bendahari 1
Nur Saiyidah bt. Nik Zainal Alam
Bendahari 2
Noor Amirah bt. Ahmad
Exco protokol & adat istiadat
Nurul Aini bt. Norazman (ketua)
Nur Asyikin bt. Md jalil
Exco tugas-tugas khas
Muhammad Ilham b. Yasri (ketua)
Muhammad Naguib b. Khaidzir
Muhammad Muzill b. Mustakim
Exco hal ehwal pelajar
Najwa bt. Yusof (ketua)
Nadiah bt. Amiruddin
Exco multimedia
Nazira bt.Arbange (ketua)
Ahmad Afifi b. Abd Rahim
Sajrah Adilah bt. Alizaini
Exco publisiti
Nur Edurra bt. Md talib (ketua)
Nur Kartika elani bt. Yayanto
Noor Afiqah bt. Che soh
Exco sukan & rekreasi
Mohamad Adam b. Mohamad lofty
Nor Azwa bt. Md. Radzi
6.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM OPKIM 2010
Ketua Projek
Noor Amirah bt. Ahmad
Pen Ketua Projek
Nur Edurra bt. Md Talib
Setiausaha 1
Nurshafinaz Azurin
Setiausaha 2
Nurul Farahira bt. Fakhruzzaman
Bendahari 1
Nur Saiyidah bt. Nik Zainal Alam
Bendahari 2
Noor Amirah bt. Ahmad
Kem Komande
Farah Ain bt Zamzaibol Baha
Pemerhati
Nazira bt Arbange
Exco Kerohanian
Muhammad Ilham b. Yasri
Nur Asyikin bt. Md Jalil
Exco Protokol
Farah Ain bt Zamzaibol Baha
Nurul Aini bt. Norazman
Exco Kebajikan & Keselamatan
Mohamad Adam
Nadiah bt Amiruddin
Exco Publisiti & Program
Nur Saiyidah
Sajrah Adilah bt Alizaini
Nurul Farahira
Nor Azwa bt Md Radzi
Exco Cenderamata & Sijil
Agushudi b Muhsin
Najwa bt. Yusof
Nurshafinaz Azurin
Exco Multimedia
Ahmad Afifi b. Abd Rahim
Muhammad Muzill b. Mustakim
Exco Makanan
Nur Kartika Elani bt Yayanto
Noor Afiqah
Exco Sukan & Rekreasi
Muhammad Naguib
Abu Musa
Nurul Ain
Exco Pendaftaran
Nadiah bt Amiruddin
Nor Azwa bt Md Radzi
Muhammad Ilham b. Yasri
Mohamad Adam
7.0 PENGAWAI PENGIRING
Pengawai pengiring bagi program ini ialah Cik Wan Asma Hanim Bt Wan Mustapha.
8.0 MASALAH DAN KEKANGAN
Masalah yang dihadapi sepanjang program ini diadakanlah ialah mengenai penyediaan makanan dan masa.Melalui penyediaan makanan, pihak Tiram Indah Village tidak dapat menyediakan makanan pada waktu yang sepatutnya dan ini telah menyebabkan berlaku sedikit kekecohan dimana para pelajar tidak dapat mengawal diri kerana masing-masing dalam keadaan lapar. Tiada kecederaan yang dilaporkan.
Selain itu, faktor masa menjadi masalah seterusnya. Para pelajar dilihat tidak mematuhi masa yang ditetapkan walaupun telah diberi peringatan oleh kem komander. Mereka tidak mengambil serius dengan peringatan tersebut dan ini telah menyebabkan berlaku sedikit perubahan di dalam tentatif sepanjang program dijalankan.
9.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH
Cadangan dan penyelesaian masalah yang perlu dilakukan ialah sentiasa berwaspada dan mengambil kira tentang sesuatu perkara walaupun supaya tidak akan berlaku lagi masalah yang sama dikemudian hari.
Selain itu, diharap agar semua peserta yang terlibat juga mengetahui akan tanggungjawab keseluruhan di dalam program yang dijalankan.
10.0 MAKLUMBALAS PELAJAR
Secara keseluruhannya semua pelajar berpuas hati dengan program yang telah dijalankan ini kerana ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli OPKIM iu sendiri, malah dapat menjalinkan silaturrahim diantara pelajar-pelajar dan guru yang terlibat.
Selain daripada itu, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan bersatu hati sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan sesuatu tugas yang diamahkan. Tidak ketinggalan juga, program ini secara tidak lansung telah dapat memupuk semangat sukarelawaan dan amal kebajikan serta dapat memberikan pengalaman yang baru kepada ahli yang terlibat dalam melakukan kerja amal ini. Mereka berharap agar program Operasi Khidmat Masyarakat ini dapat diteruskan sebagai program tahunan Persatuan Diploma In Investment Analysis.
11.0 PENUTUP
Kesimpulannya, program Operasi Khidmat Masyarakat yang dijalankan ini dapat member peluang kepada para pelajar untuk merasakan pengalaman baru sebagai fasilatator mahupun urusetia tetapi secara khususnya dapat menjalinkan hubungan yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dikalangan pelajar dan pegawai pengiring yang terlibat. Para pelajar juga berjaya menjaga nama baik UiTM dan sekaligus dapat menaikkan nama UiTM . diharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada semester yang akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program OPKIM ini.
Disediakan oleh,
NURULFARAHIRA FAKHRUZZAMAN
Setiausaha program Operasi Khidmat Masyarakat Ulu Tiram 2010
Disahkan oleh,
CIK WAN ASMA HANIM WAN MUSTAPHA
Penasihat 1 NADIIA
12.0 LAMPIRAN
Nama Program : OPKIM Program Kepimpinan Pelajar SK Masai Johor Bahru Anjuran Nadi Diploma in Investment Analysis ( NADIIA )
Tarikh : 26, 27, 28 Februari 2010
Tempat : Tiram Indah Village, Kota Tinggi
Penasihat : 1. Cik Wan Asma Hanim Bt Wan Mustapha
SENARAI NAMA PEGAWAI PENGIRING DAN PESERTA
Nama Pegawai Pengiring
1. Cik Wan Asma Hanim Bt Wan Mustapha
Nama Pelajar
BIL | NAMA PELAJAR | NO KP AWAM | NO MATRIK | PART |
1 | Ahmad Afifi Bin Abdul Rahim | 910716-14-5401 | 2009827546 | 2 |
2 | Mohamad Adam Bin Mohamad Lotfy | 910901-10-5671 | 2009819008 | 2 |
3 | Muhammad Muzill Bin Mustakim | 911218-14-5681 | 2009228402 | 2 |
4 | Muhammad Naguib Bin Khaidzir | 910617-14-6089 | 2009407022 | 2 |
5 | Nor Azwa Bt Md. Radzli | 910430-14-5262 | 2009655978 | 2 |
6 | Nur Asyikin Bt Md Jalil | 910804-04-5136 | 2009476926 | 2 |
7 | Nurul Aini Bt Norazman | 910927-05-5078 | 2009218062 | 2 |
8 | Nurul Farahira Bt Fakhruzzaman | 910210-01-5482 | 2009890948 | 2 |
9 | Noor Afiqah Bt Che Soh | 900612-14-6152 | 2008385421 | 3 |
10 | Nur Kartika Elani Bt Yayanto | 901214-03-5734 | 2008706453 | 3 |
11 | Agushudi Bin Muhsin | 900821-10-5891 | 2008224564 | 4 |
12 | Farah Ain Bt Zamzaibol Baha | 900910-10-5754 | 2008224608 | 4 |
13 | Muhammad Azhari Bin Tom Ali | 900617-10-5827 | 2008224764 | 4 |
14 | Muhammad Ilham Bin Yasri | 900815-14-6419 | 2008224546 | 4 |
15 | Mutiara Bt Zulkifli | 900923-14-5616 | 2008224712 | 4 |
16 | Nadiah Bt Amiruddin | 901007-14-5164 | 2008224668 | 4 |
17 | Nazira Bt Arbange | 900318-01-6322 | 2008224598 | 4 |
18 | Noor Amirah Bt Ahmad | 900601-01-6096 | 2008224544 | 4 |
19 | Nur Edurra Bt Md Talib | 900813-01-6602 | 2008258264 | 4 |
20 | Nur Saiyidah Bt Nik Zainal Alam | 900118-14-6560 | 2008224596 | 4 |
21 | Sajrah Adilah Bt Alizaini | 900925-14-6292 | 2008224672 | 4 |
22 | Siti Khairunnissa Bt Jamaludin | 901015-14-6060 | 2008224678 | 4 |
23 | Najwa Bt Yusof | 890330-01-5190 | 2007138585 | 5 |
24 | Nur Shafinaz Azurin | 890410-01-6070 | 2007108297 | 5 |
25 | Akid Uzair Bin Ahmad Jaelan | 890408-10-5293 | 2007259788 | 6 |
26 | Muhammad Hilmi Bin Anwar | 891116-14-6207 | 2007232006 | 6 |
27 | Abu Musa Bin Kamaruzaman | 901127-01-5559 | 2008224674 | 4 |
28 | Mohamad Muizuddin Bin Mohd Shah | 900622-01-6685 | 2008224762 | 4 |
29 | Fauziah bt Karim | 890106-01-5874 | 2007231912 | 6 |
30 | Sarah Bt Abd Halim | 890822-14-6066 | 2007231886 | 6 |
Laporan yang lengkap dan menarik. Good.
BalasPadamTHANKSS SGT MEMBANTU
BalasPadam