Sabtu, 10 Julai 2010

LAPORAN PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA KOORDINATOR PROGRAM NADIIA


LAPORAN PROGRAM PERJUMPAAN PERDANA

BERSAMA KOORDINATOR PROGRAM

DIPLOMA ANALISIS PELABURAN


TARIKH:

21 JANUARI 2010


TEMPAT:

SL 004 - SL 007


KEHADIRAN

-En. Basaruddin Shah Basri ( Koordinator Program)

-Cik Wan Asma Hanim Bt. Wan Mustapha ( Penasihat 1 NADIIA )

-Nur Saiyidah Bt. Nik Zainal Alam ( Ketua Projek )

-Farah Ain Bt. Zamzaibol Baha

-Agushudi Bin Muhsin

-Nurshafinaz Bt. Azurin

-Nurul Farahira Bt. Fakhruzzaman

-Nurul Aini Bt. Norazman

-Nur Asyikin Bt. Md Jalil

-Muhammad Ilham Bin Yasri

-Muhammad Naguib Bin Khaidzir

-Muhammad Muzill Bin Mustakim

-Najwa Bt. Yusof

-Noor Amirah Bt. Ahmad

-Nor Azwa Bt. Md. Radzi

-Nadiah Bt. Amiruddin

-Nazira Bt. Arbange

-Ahmad Afifi B. Abd Rahim

-Sajrah Adilah Bt. Alizaini

-Nur Edurra Bt. Md Talib

-Nur Kartika Elani Bt. Yayanto

-Noor Afiqah Bt. Che Soh

-Mutiara Bt. Zulkifli

-Mohamad Adam B. Mohamad Lotfy



LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN PERDANA BERSAMA

KOORDINATOR PROGRAM ANJURAN PERSATUAN NADIIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, JOHOR


Pada 21 Januari 2010, Persatuan NADIIA telah menganjurkan satu perjumpaan perdana di antara para pelajar Diploma Analisis Pelaburan bersama Koordinator Program Analisis Pelaburan yang bertempat di Sri Laksamana 004 -007, UiTM Johor pada jam 8.30 malam. Majlis itu telah dirasmikan dengan jayanya oleh Encik Basaruddin Shah Basri.

Antara agenda yang dijalankan sepanjang majlis adalah ucapan khas dari Koordinator Program Diploma Analisis Pelaburan, ucapan dari Penasihat NADIIA dan juga ucapan dari Yang Dipertua NADIIA selaku wakil persatuan bagi malam itu. Pada malam tersebut juga, barisan exco baru bagi sesi Disember – April 2010 diperkenalkan.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan montaj bagi memperkenalkan barisan exco NADIIA sesi Disember – April 2010 dan memaparkan aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan pada semester lepas iaitu program induksi para pelajar bahagian 1 Diploma Analisis Pelaburan pada 07 Ogos 2009 – 08 Ogos 2009 serta Hari Keluarga NADIIA pada 08 Ogos 2009 bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 11.00 malam di padang utama.

Majlis diakhiri pada jam 10.30 malam dengan penyampaian cenderamata dan jamuan makan para VIP pada malam itu. Berakhirnya majlis ini, diharap agar para pelajar Diploma Analisis Pelaburan dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada persatuan ini pada masa akan datang.


Disediakan oleh,

(NURUL FARAHIRA BT FAKHRUZZAMAN)

Setiausaha II NADIIA


Disahkan oleh,

(CIK WAN ASMA HANIM BT WAN MUSTAPHA)

Penasihat I NADIIA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan